Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 4, 2015

TEMERLOH: HOSHAS PERLU RM400,000


Hoshas perlu RM400,000


Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) memerlukan dana sekitar RM400,000 lagi bagi memulakan projek pembinaan surau bernilai RM1.2 juta yang dicadangkan pembinaannya dalam tempoh terdekat.

Pengarah Hoshas, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, surau reka bentuk moden dua tingkat yang mampu menempatkan 100 jemaah pada satu-satu masa itu akan dibina di kawasan lapang di kawasan hospital itu.

“Selain urusan ibadat surau itu juga dijadikan Pusat Hal Ehwal Islam yang akan diselia seorang pegawai agama yang mempunyai kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan mengedarkan sumbangan wang tunai dan hamper kepada 400 pesakit di Hoshas kelmarin.

Bagaimanapun Bahari berkata, pihaknya masih memerlukan peruntukan sebanyak RM400,000 lagi sebelum dapat menjalankan projek pembinaan.

Setakat ini katanya, projek tersebut sudah menjalani proses dan penilaian oleh jabatan teknikal terlibat dan akan mendapat kelulusan dalam tempoh terdekat.

Katanya, sebelum ini kebanyakan ahli keluarga dan pelawat pesakit di Hoshas menggunakan surau sedia ada di dalam bangunan di merata sudut Hoshas.

Menurutnya, dengan adanya surau baharu itu nanti perjalanan dan pengendalian program berkaitan agama dapat dilakukan dengan lebih teratur.

0 comments:

share2