Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 7, 2015

TANGAN HANCUR AKIBAT MERCUN BUATAN SENDIRI


Tangan hancur akibat mercun buatan sendiri


Pasir Mas - Seorang bekas tentera cedera parah selepas pergelangan tangannya hancur dan melecur di muka serta beberapa anggota badan dipercayai berpunca daripada cubaan menghasilkan mercun buatan sendiri di Kampung Galok, Chetok di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 27, difahamkan dalam 'eksperimen' di dalam biliknya dengan cuba memampatkan bahan-bahan termasuk belerang sebelum berlaku letupan.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia sedang tidur manakala ahli keluarganya yang lain sedang mengemas kerana baru selesai bersahur.

"Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik yang pendiam dan tidak banyak bergaul dengan ahli keluarga yang lain.

"Kejadian tersebut disedari bapa, sebelum menghubungi ambulans dengan bantuan jemaah masjid yang kebetulan hendak menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran rumah," katanya.

Katanya, mangsa yang hampir lima tahun berhenti daripada tentera di salah sebuah kem di ibu kota kini hanya menjalankan kerja-kerja kampung iaitu menternak lembu.

Ditanya jenis mercun yang cuba dihasilkan mangsa itu, namun dia memberitahu bahawa tidak mengetahui jenis dan tujuan sebenar mangsa berbuat demikian.

0 comments:

share2