Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 5, 2015

SUAMI JERUT LEHER SENDIRI SELEPAS BUNUH ISTERI


PDRM


Miri - Sepasang suami isteri maut di kediaman pasangan itu di Desa Senadin Lorong 2D di sini, dipercayai membabitkan kes bunuh dan bunuh diri.

Pemangku Ketua Polis Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan kes itu berkata berdasarkan siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun itu telah membunuh isterinya berusia 39 tahun dengan menghentak kepala mangsa di lantai.

"Lelaki itu kemudian membunuh diri dengan menjerut leher sendiri menggunakan kabel. Motif pembunuhan masih disiasat," katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada sebelah pagi ini, selepas lelaki terbabit menghantar dua anaknya ke sekolah.

"Tiada kesan pergelutan dan barang berharga juga tidak hilang," katanya.

Stanley berkata, lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat menjual kereta dan isterinya yang bekerja di sebuah syarikat swasta, meninggalkan seorang anak lelaki berusia 13 tahun dan seorang anak perempuan berusia 11 tahun.

0 comments:

share2