Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 28, 2015

PEMBEBASAN DARI TUDUHAN MEMBUNUH KEKAL


mahkamah


Putrajaya - Bapa kepada seorang bayi berusia tiga tahun yang maut akibat dipijak, dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang mekanik Indonesia. 

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwa untuk mengetepikan pembebasan Konstabel Sahari Usul. 

Bagaimanapun, panel berkenaan mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas dua anggota polis lain, Korporal Ailias Yahaya dan Konstabel Saiful Azlan Shah Abdullah kerana membunuh Yusrizal Yusuf yang didapati mati akibat ditembak di kepala. 

Hakim Raus berkata, selepas mempertimbangkan keterangan, mereka mendapati tidak ada sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam membebaskan anggota polis itu (Sahari). 

Beliau juga menolak rayuan oleh Ailias dan Saiful Azlan terhadap sabitan dan hukuman mati mereka selepas mendapati tidak ada sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas tuduhan membunuh. 

Ketiga-tiga mereka dituduh membunuh Yusrizal di Ladang Caledonia, Km22 Jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor, Batu Arang pada 13 Jan, 2006. 

Menurut fakta kes, tangan Yusrizal digari di belakang sebelum ia ditembak tiga kali di bahagian kepala, dipercayai berkaitan kes mengadakan hubungan dengan isteri seorang pengawal keselamatan. 

Sebelum itu, Yusrizal telah dibawa ke balai polis Sungai Plong dan dipukul serta ditendang. 

Dia kemudian dibawa ke tempat parkir kereta di perkarangan balai itu oleh Ailias dan Saiful Azlan yang berkata, “mereka akan 'mengajarnya'.” 

Sahari enggan menyertai kumpulan itu, dengan menyatakan ia perlu pulang melihat isterinya yang sedang mengandung. 

Bagaimanpun, dia menyerahkan revolvernya kepada Ailias atau Saiful Azlan. 

Anak perempuan Sahari berusia tiga tahun Syafiah Humaira mati selepas ditendang dipijak oleh teman lelaki ibunya dengan but bola sepak di Ulu Yam Lama pada 25 Februari 2010. 

Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil yang disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi atas kematian bayi itu, bagaimana terlepas dari hukuman mati setelah mahkamah mengurangkan tuduhan kepada menyebabkan kematian bukan dengan niat membunuh dan dia dihukum penjara 18 tahun. 

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara itu. 

Sahari diwakili oleh peguam J. Kuldeep Kumar, Ailias oleh peguam Kitson Foong dan Saiful Azlan oleh peguam G. Ravishankar. 

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa bertindak bagi pihak pendakwa.

0 comments:

share2