Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 26, 2015

MAKLUMAT PALSU: MRT CORP SERAH SEMBILAN NAMA


Mahmood Abdul Razak


Kuala Lumpur - Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) menyerahkan sembilan nama individu kepada polis untuk membantu siasatan berhubung maklumat palsu mengenai dakwaan retakan pada landasan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Strategiknya, Mahmood Abdul Razak berkata, individu berkenaan dipercayai memulakan ‘posting’ isu berkenaan di laman sosial, berkongsi maklumat palsu, membuat komen yang boleh dianggap sebagai fitnah.

“Mereka turut mendakwa landasan itu akan roboh, ia termasuk komen daripada individu mendakwa sebagai jurutera berkhidmat dengan projek itu. 

“Kita telah melakukan pemeriksaan tidak ada nama individu berkenaan atau syarikat sedemikian yang terlibat secara langsung dengan MRT Corp,” katanya.

Mahmood berkata, khabar angin ini boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap projek berkenaan serta isu keselamatan pengguna. 

“Kita memandang serius berhubung dakwaan palsu yang melibatkan isu keselamatan di tapak projek pembinaan ini,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Travers, petang semalam. 

MRT Corp akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Laporan itu berikutan tersebarnya sekeping gambar memaparkan dakwaan landasan berkenaan retak. 

MRT Corp sebelum ini mengeluarkan kenyataan berkenaan isu jaluran kelihatan seperti keretakan itu sebenarnya terhasil daripada sambungan jaring dipasang yang terhasil daripada sudut rakaman kamera serta jaraknya.

0 comments:

share2