Shah Alam - "Dah tak tall (tinggi) lagi dah," demikian kapsyen gambar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar apabila gambarnya bersama Duta Global NBA, Dikembe Mutombo menunjukkan beliau lebih rendah daripada Mutombo.
Khairy atau mesra disapa KJ yang sinonim dengan 'tagline', 'tall, dark and handsome' (tinggi, gelap dan kacak) bertemu Mutombo bagi mengadakan perbincangan meja bulat dengannya di Majlis SpecialOlympics di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Majlis itu berlangsung dari 25 Julai sehingga 2 Ogos ini.
Terdahulu KJ pada 11 Januari lalu ada menulis di laman mikro Twitternya menyeru gadis Malaysia mencari lelaki yang tinggi, gelap dan kacak berbanding berkulit putih pucat, kurus dan 'cantik' (rujuk lelaki Korea).
"Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark & hensem, Bukan pale (putih pucat), skinnya (kurus) & pretty ('cantik')," tulisnya.
KJ dalam posting Twitternya ketika itu menyindir beberapa gadis yang berpelukan di atas pentas bersama artis K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 semasa sesi perjumpaan bersama peminat di KL Live Januari lalu.
0 comments:
Post a Comment