Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 30, 2015

GUAN ENG KATA HADI CENDERUNG KEPADA UMNO


Lim Guan Eng


Georgetown - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini berkata, tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata, beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin Pas itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju Pas di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu gempa bumi.

Pada sidang akhbar di sini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin. 

Abdul Hadi berkata, terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu. 

1 comments:

  • HAMIDIsP says:
    July 30, 2015 at 11:13 AM

    Memang la, takkan cenderung kepada komunis pulak..

share2