Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 24, 2015

89 PERATUS TRAFIK INTERNET DARI PERANTI MUDAH ALIH

Internet


BEIJING - CHINA. Pengguna mudah alih menguasai 88.9 peratus trafik dalam talian China, demikian menurut laporan China Internet Network‎ Information Centre.

Laporan berkenaan yang dikeluarkan hari ini menyatakan sehingga Jun tahun ini, bilangan pengguna internet mudah alih di China mencecah 594 juta.

Menurutnya lagi, separuh pertama tahun ini, sebanyak 276 juta netizen China‎ membuat pembayaran melalui peranti mudah alih, peningkatan 26.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada tempoh yang sama, ia berkata jumlah warga China membeli-belah melalui telefon pintar mencecah 270 juta, naik 14.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala 168 juta pengguna internet menempah perjalanan mereka melalui peranti mudah alih, peningkatan 25 peratus daripada tahun sebelumnya.

Laporan berkenaan menunjukkan China mencatatkan sejumlah 668 juta netizen pada Jun tahun ini, naik 18.94 juta orang berbanding akhir 2014, dengan kadar penembusan seluruh negara pada 48.8 peratus.

Dalam enam bulan pertama tahun ini, bilangan pengguna internet China yang mengakses internet melalui komputer, laptop atau tablet adalah masing-masing pada 68.4 peratus, 42.5 peratus dan 33.7 peratus, katanya.

Netizen dari kawasan luar bandar naik lapan juta kepada 186 juta berbanding akhir 2014. - Bernama




0 comments:

share2