Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 28, 2015

13 TERBUNUH DALAM SERANGAN DI HOTEL


13 terbunuh dalam serangan di hotel Somalia


MOGADISHU - SOMALIA. Sekurang-kurangnya 13 terbunuh manakala 21 lagi cedera selepas kumpulan militan, al-Shabaab melancarkan serangan ke atas sebuah hotel di ibu negara Somalia, kelmarin.

Jurucakap pihak berkuasa, Major Nur Osable berkata, percikan darah dan cebisan daging mangsa berselerakan di sekitar hotel Jazeera yang menjadi sasaran pengeboman tersebut.

Sementara itu, Kementerian Luar China mengesahkan salah seorang mangsa terkorban adalah rakyatnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di kedutaan mereka yang terletak di dalam hotel tersebut.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap al-Shabaab, Sheikh Abdiasis Abu Musab mengesahkan mereka bertanggungjawab mendalangi pengeboman berani mati terbabit kononnya sebagai respons terhadap serangan dilancarkan tentera kerajaan dan anggota misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom).

0 comments:

share2