Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 10, 2015

RAUB: LAGI DUA NYAWA MELAYANG


Lagi dua nyawa melayang


Genap seminggu kemalangan maut meragut tiga nyawa berlaku di Batu 3, Jalan Raub -Lipis berlaku, semalam dua lagi nyawa melayang di lokasi berhampiran.

Dalam kejadian semalam, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang penumpang kereta terbabit cedera di Kilometer 348, Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu.

Kejadian yang berlaku sekitar 12.20 tengah hari itu berlaku kira-kira dua kilometer dari jarak kemalangan yang meragut tiga nyawa, Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku ketika pemandu kereta, Tong Ak Kan, 60, bersama seorang penumpang, Chong Kai Weng, 66, dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu dikatakan telah membelok ke kanan jalan untuk ke kubur.

“Secara tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah hadapan tidak sempat brek lalu melanggar kereta terbabit,” katanya.

Akibat pertembungan yang kuat, penunggang motosikal, Karim Mat Zain, 44 serta Ak Kan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, Kai Weng pula cedera parah dan dibawa ke Hospital Raub untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kedua-dua mangsa yang maut turut dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat dan hasil bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di beberapa bahagian badan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

0 comments:

share2