Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 7, 2015

PATUHI UNDANG-UNDANG DITETAPKAN MALAYSIA


Patuhi undang-undang ditetapkan Malaysia


Johor Bahru - Pengunjung asing yang memasuki negara ini, diingatkan agar mematuhi undang-undang Malaysia dan tidak mengganggu ketenteraman.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Pusat, Jason Teoh Sew Hock berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan salah laku pengunjung asing terutama membabitkan kesalahan jalan raya.

“Kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung asing dan pelabur luar demi pertumbuhan ekonomi negara.

“Namun, banyak aduan diterima pengunjung asing sambil lewa undang-undang negara ini. Mereka harus sedar tindakan boleh diambil jika melakukan kesalahan di sini,” katanya.

Jason berkata, terbaharu satu aduan diterima daripada pasangan suami isteri warga Singapura yang mendakwa diancam dua lelaki dipercayai dari negara sama ketika mahu pulang ke negara asal.

Jelasnya, dalam kejadian 1 Jun lalu kira-kira jam 4 petang, suami isteri warga Singapura itu berada berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar untuk keluar dari Malaysia dan keadaan trafik perlahan serta berlaku kesesakan.

“Berlaku insiden tidak diingini apabila sebuah kereta jenis Jaguar bernombor pendaftaran Singapura yang cuba memotong dari arah belakang, bergesel dengan kereta Mercedes dipandu mangsa.

“Berang dengan kejadian itu, dua lelaki dari kenderaan mewah berkenaan mencalarkan kereta mangsa menggunakan objek tajam dan menumbuk bonet kereta sehingga kemek selain turut mengancam mereka ,” katanya.

Beliau menggesa kerjasama pihak berkuasa kedua-dua negara bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan dan pastikan mereka dikenakan tindakan sewajarnya.

0 comments:

share2