Valletta - Sepasang warganegara Itali didapati bersalah menceroboh landasan kapal terbang dan cuba menghentikan sebuah pesawat daripada berlepas, Rabu lalu.
Menurut Reuters, pada hari kejadian, Matteo Clementi, 26, dan Enrica Apollonio, 23 terlewat sampai ke balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Malta.
Selepas dilarang daripada menaiki pesawat akibat terlewat, pasangan tersebut bertindak menceroboh sebuah pintu sekuriti dan berlari ke landasan.
Mereka berdua kemudian cuba menghentikan pesawat syarikat penerbangan Ryanair daripada berlepas.
Pihak sekuriti bagaimanapun menahan dan tidak membenarkan mereka menaiki penerbangan tersebut.
Ketika dibicarakan semalam, pasangan tersebut memberitahu mahkamah alasan mereka adalah 'mahu menyambut harijadi bersama keluarga'.
Pasangan tersebut dikenakan didenda sebanyak 2,329 Euro.
0 comments:
Post a Comment