Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 9, 2015

PAKAR BEDAH JANTUNG DIDAKWA CEDERAKAN ISTERI


kes mahkamah


Kuala Lumpur - Seorang pakar bedah jantung di sebuah hospital awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya, Mac lalu.

Dr Raja Amin Raja Mokhtar, 53, didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya Karina Idris Ahmad Shah, 46, di satu alamat di Persiaran Ara Bangsar di sini pada 1.30 pagi, 9 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya K Vasugi menawarkan wang jaminan RM10,000 namun Dr Raja Amin, yang diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli, memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan mempertimbangkan beberapa perkara.

"Anak guam saya mempunyai lima anak dan menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi. Tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran OKT (orang kena tuduh) dan bukannya untuk menghukum.

"Oleh itu saya memohon jaminan dikurangkan selain OKT juga merupakan penjawat awam dan bekerja menyelamatkan nyawa," hujahnya.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai untuk sebutan semula kes.

0 comments:

share2