Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 10, 2015

TABUNG HAJI, PEMUDA UMNO SALAH HANTU



Ramai yang mempertikaikan sokongan MYKMU kepada pembelian Tabung Haji ke atas tanah milik 1MDB sebagai satu sokongan membuta tuli kepada kerajaan dan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak. Ini tidak benar sama sekali.

Kami menyokong pembelian ini kerana ia satu pembelian yang bakal menguntungkan Tabung Haji.

Ketika Pemuda UMNO Malaysia melalak membelasah Tabung Haji mereka tidak faham hartanah bahawa harga di kawasan yang dibeli oleh Tabung Haji dengan harga RM 2733 sekaki persegi, sebenarnya antara RM 3,000 – 7,000 sekaki persegi.

Kita tidak nampak kenapa Pemuda UMNO harus mengamuk kecuali mereka mempunyai agenda lain yang tersembunyi. Kenapa mereka membelasah Tabung Haji dalam isu ini tetapi langsung tidak masuk campur dalam hal cadangan pembelian hartanah di Detroit Amerika Syarikat pada tahun lalu.

Sebaliknya MYKMU antara yang pertama menentang cadangan Tabung Haji untuk melabur di Detroit sehingga memaksa Tabung Haji menafikan akan melabur. Kita tidak dengar langsung suara Pemuda UMNO ketika itu.

Rakyat kena tahu sungguhpun kebanyakan Ketua Pemuda UMNO Negeri dan EXCO Pemuda UMNO kelihatan berkereta mewah dan berjaya dalam perniagaan mereka sebenarnya hanya “Rent Seeker”.

Hanya ada segelintir yang benar-benar usahawan tulen dan berjaya atas diri sendiri. Justeru apakah kita mahu membenarkan kumpulan ini menentukan perkembangan ekonomi negara dan perjalanan perniagaan GLC? fikirkan beberapa kali terlebih dahulu.

Bebalik kepada pembelian tanah oleh Tabung Haji di Razak Exchange. Pada 2013, Datuk Desmond Lim Siew Choon telah membeli sebuah parcel sebesar 29, 127 kaki persegi di Bukit Bintang bersebelahan Hotel Gran Millenium dengan harga RM 7,000++ sekaki.

Apabila dibangunkan kediaman bertingkat nanti Tabung Haji dijangka dapat menjual kondominium dengan harga RM 1500-2,000 sekaki. Bayangkan ada berapa puluh ribu kaki persegi boleh digandakan oleh Tabung Haji apabila membina kondominium mewah atas 1.56 ekar tanah itu.

Jadi adakah harga hartanah yang dibayar oleh Tabung Haji sebanyak RM 2, 733 sekaki persegi untuk kawasan berhampiran satu angka luar harga pasaran?

Jadi mengapa Pemuda UMNO menentang pembelian ini? Adakah Ketua-ketua Pemuda UMNO ini bodoh? Tidak. Tapi anda tahulah apa masalah dengan rent seeker yang tamak!

KJ sedang menggunakan Ketua-Ketua Pemuda Negeri ini sebagai bidak beliau menunjukkan kekuatan politik kepada Najib Razak. Ini memudahkan beliau membuat “deal politik baharu” sama ada dengan Najib atau Muhyiddin.

Yang bodoh siapa?




0 comments:

share2