Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 19, 2015

PAHANG SASAR 70 PERATUS MASJID TUBUH KOPERASI


Shahiruddin Ab Moin


Kerajaan Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada lebih 500 buah masjid di seluruh negeri ini mempunyai koperasi dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penubuhan koperasi bagi setiap masjid itu amat penting dalam usaha meningkatkan ekonomi umat Islam dan menyediakan produk halal dengan harga berpatutan kepada pengguna.

"Setakat ini hanya terdapat 30 buah masjid yang memiliki koperasinya sendiri di Pahang yang mana ahli-ahli terdiri daripada ahli qariah tanpa mengira fahaman politik.

"Justeru kerajaan negeri akan menyelaraskan usaha bersama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya ia bergerak lebih agresif.

"Apabila koperasi ditubuhkan, qariah masjid akan mengumpul modal di kalangan ahli untuk mengukuhkan koperasi masing-masing dan sekali gus bertindak menjana pendapatan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Seminar Zakat Koperasi Infaq Lil-Waqf dan Falak di sini.

Yang turut hadir, Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman.

Shahiruddin berkata sebagai permulaan, bantuan yang diberikan kepada koperasi terlibat ialah modal asas dan bantuan pinjaman daripada SKM bagi mendapatkan pemilikan bangunan di daerah masing-masing.

"Kita berharap koperasi masjid berupaya menjadi ejen untuk membela masyarakat pengguna dalam menawarkan produk berkualiti, bermutu dan bersih pada harga munasabah. 

"Setiap ahli juga dapat menikmati pertumbuhan ekonomi lebih adil dan ini boleh dikatakan satu wadah perjuang.

0 comments:

share2