Seorang penduduk terkilan apabila hasrat memajukan tanah paya di tepi rumahnya di Kampung Sentosa dekat sini untuk tanaman sayur dan ternakan kambing tidak kesampaian.
Yang Mohammad, 64, mendakwa terdapat satu pihak yang membuka tapak tanah berkenaan dan ditenderkan kepada individu lain untuk pembinaan rumah.
Ibu kepada empat anak itu berkata, tanah paya dengan keluasan kurang suku ekar di tepi rumahnya turut mempunyai beberapa pokok buah-buahan yang ditanam sejak menetap di kampung berkenaan, 30 tahun lalu.
“Kebiasaan di kawasan kampung bila ada tanah paya di tepi rumah, orang lain tidak kacau kerana digunakan untuk tanam pokok atau bina reban ternakan.
“Saya ada minta izin dengan pihak berkenaan untuk projek tanaman sayur dan reban kambing bagi tampung pendapatan keluarga.
“Tetapi tidak dibenarkan dan secara tiba-tiba dua bulan lepas, tanah ini ditanda sebagai satu lot serta ditenderkan untuk sesiapa yang mahu bina rumah,” katanya.
Yang berkata, berikutan tidak berdaya dan bukan golongan mempunyai wang ringgit, dia sekeluarga gagal membantah pembukaan lot tanah itu yang kini dimiliki seorang individu melalui tender terbuka.
Menurutnya, dia berasa terkilan dan merasakan seperti ditindas walhal telah lama menyatakan hasrat untuk mengusahakan paya terbiar itu kepada pihak berkenaan.
“Anak saya orang kurang upaya (OKU) masalah mental berusia 30 tahun dan belanja harian bergantung sepenuhnya kepada tiga anak lain yang sudah berkeluarga.
“Tanah paya ini tidak sepatutnya dijadikan tapak rumah dan kami cuma dapatkan tender tersebut dengan harga RM6,500 tetapi gagal.
“Pihak berkenaan perlu mengutamakan orang yang tinggal di tepi paya tersebut memandangkan kami sudah tanam pokok buah sejak mula duduk di sini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment