Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 12, 2015

KUANTAN : KONKRIT PECAH UNDANG BAHAYA

Konkrit pecah undang bahaya



Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa membaiki kepingan konkrit pecah yang menghalang laluan air longkang mengundang kebimbangan dalam kalangan penduduk di IM1/32 di Indera Mahkota di sini terutamanya ketika musim hujan.

Pengadu, Wong Pang Kit,18, berkata masalah tersebut telah berlarutan awal tahun lalu dan sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil PBT bagi menyelesaikan perkara itu.

“Saya telah buat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi agensi berkenaan memaklumkan saliran air itu bukan bawah seliaannya.

“Kita masih bimbang jika kepingan konkrit ini tidak dialihkan ia boleh mengundang rasa tidak selamat kepada penduduk di kawasan itu.

“Bayangkan kalau musim hujan, tidak mustahil boleh berlaku banjir dan keadaan ini akan menyusahkan lebih ramai penduduk,” katanya.

Pang Kit memaklumkan kawasan bersebelahan taman yang dihuninya acap kali dinaiki air terutamanya ketika musim ketujuh dan dia bimbang jika dibiarkan berlarutan kawasan perumahan itu juga akan berpotensi dinaiki air.

"Kepingan konkrit yang pecah itu dikesan awal tahun lalu, ketika beliau sedang berjoging di kawasan perumahan tersebut.

Sementara itu, Adun Semambu, Lee Chean Chung memaklumkan beliau akan segera membuat aduan ini kepada pihak berkaitan agar masalah ini dapat ditangani segera.

“Saya akan membantu menyelesaikan masalah ini dan sedia memberi kerjasama kepada pihak berkaitan dalam menangani perkara berkenaan," katanya.




0 comments:

share2