Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, semalam menetapkan 29 dan 30 Julai depan sebagai tarikh perbicaraan seorang bekas penjawat awam atas tiga pertuduhan mencabul tiga wanita, Mac lepas.
Di hadapan Majistret Noor Aisah Mohamed, tertuduh, dari Taman Rendang Permai, Pekan, mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat mencabul kehormatan tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun, di sebuah premis di Jalan Kubang Buaya, antara jam 9 pagi hingga 4 petang, 4 Mac lepas.
Dengan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-aman dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, mahkamah telah mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor untuk dilakukan pemeriksaan mental.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar.
0 comments:
Post a Comment