Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 10, 2015

KALI TERAKHIR ALTANTUYA DILIHAT MASIH HIDUP BERSAMA 2 ANGGOTA UTK




PUTRAJAYA: Kali terakhir sesiapapun melihat wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu masih hidup ialah bersama dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), kata Mahkamah Persekutuan apabila menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-duanya kerana membunuh model sambilan dan penterjemah berumur 28 tahun itu. 

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata kehadiran dua anggota polis di rumah penganalisis politik Abdul Razak Baginda pada 19 Okt, 2006 apabila si mati (Altantuya) dibawa, disahkan melalui keterangan mendiang P. Balasubramaniam yang merupakan penyiasat persendirian yang diupah Abdul Razak. 

Beliau berkata, berdasarkan bukti, mahkamah mendapati ketua Inspektor Azilah Hadri memandu kereta bekas teman wanitanya bersama-sama dengannya (bekas teman wanita) ke rumah Abdul Razak. 

Katanya, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar bersama-sama dengan Altantuya dan bekas teman wanita Azilah, Lans Koperal Rohaniza Roslan, selepas itu kembali ke Bukit Aman (ibu pejabat polis persekutuan di Kuala Lumpur). 

Suriyadi berkata, pada mulanya Sirul Azhar memandu kereta Rohaniza sehingga ia sampai di satu persimpangan di mana dia keluar dan beralih ke kereta beliau untuk pulang ke Bukit Aman. 






0 comments:

share2