Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 20, 2015

JUMPA BOM PERANG DUNIA TEPI LEBUH RAYA


Jumpa bom perang  dunia tepi lebuh raya


Kuala Kangsar – Pekerja Plus Malaysia Berhad (Plus) terkejut dengan penemuan sebutir bom lama ketika melakukan kerja-kerja tanah di Kilometer 257.3, Lebuh Raya Utara- Selatan arah Selatan di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, bilik gerakan menerima panggilan daripada pegawai EMPV yang memaklumkan pihak Plus menjumpai sebiji bom di lokasi terbabit kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, anggota dari cawangan persenjataan IPD dan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat itu.

“Pemeriksaan dijalankan polis mendapati ia merupakan bom lama dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua. Bom lama yang sudah berkarat itu adalah jenis Artillery Shell.

“Pihaknya membawa bom berkenaan ke kawasan lapang di KM259 arah utara dan tepat jam 1.40 petang, tindakan meletupkan bom itu telah diambil oleh pihak UPB,” katanya di sini.

Ahmad Termizi berkata, Tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika memusnhakan bom berkenaan dan ia juga tidak menjejaskan lalu lintas.

0 comments:

share2