Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 9, 2015

GST BUKAN PUNCA UNDI MEROSOT

GST baru



KUALA LUMPUR - Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa kini atau bila-bila masa pada masa akan datang tidak timbul sama sekali kerana ia tidak membawa sebarang manfaat kepada sesiapa.

Cukai baharu enam peratus diperkenalkan pada 1 April tahun ini, itu adalah untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus, yang telahpun dilaksanakan dan beroperasi sepenuhnya.

Pemansuhan GST akan menimbulkan lebih banyak kesukaran, kos dan kesulitan kepada peniaga, perniagaan, agensi kerajaan dan negara secara keseluruhan.

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin dan Permatang Pauh pada Selasa dan semalam, jelas menunjukkan bahawa apa yang disifatkan sebagai bantahan terhadap GST oleh rakyat tidak kelihatan dalam apa jua cara.

Jika benar berlaku tentangan terhadap GST, calon pembangkang di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu sudah tentu mendapat jumlah undi yang meningkat secara drastik disebabkan isu itu.

Bagaimanapun, calon mereka pada pilihan raya kecil Rompin memperoleh jumlah undi yang hampir sama berbanding dengan keputusan pada pilihan raya umum ke-13 dua tahun lepas, di kawasan yang sama.

Di Permatang Pauh, peratusan undi popular yang diperoleh oleh calon pembangkang walaupun menang, merosot sebanyak 1.18 peratus sekalipun menjadikan GST sebagai isu utama dalam kempen.

Paling penting ialah tiada satupun parti pembangkang secara mutlak mengisytiharkan akan memansuhkan GST jika memegang tampuk kuasa dan ini adalah petunjuk jelas bahawa pembangkang juga akan mengekalkan GST jika menjadi kerajaan.

Kekecohan berhubung bantahan terhadap GST yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang sekarang adalah semata-mata untuk memancing undi. Tidak lebih daripada itu dan tidak kurang.

Jika kenaikan harga adalah sebab untuk memansuhkan GST, maka ia adalah naif untuk mempercayai bahawa pemansuhan cukai baharu itu akan menyebabkan harga turun.

Harga barang mempunyai kecenderungan untuk memberi kesan dan harga barangan tidak mudah turun.

Golongan yang mahu memansuhkan GST gagal melihat impak berbuat demikian ke atas eksport negara kerana jika rejim cukai sebelumnya dikembalikan, eksport negara akan menjadi tidak berdaya saing.

Kesan sebaliknya terhadap ekonomi adalah jelas.




2 comments:

  • Anonymous says:
    May 9, 2015 at 9:40 AM

    Maaf..kita jgn jd bodoh menafikan kelemahan serta kekurangan Bn serta umno.Dgn keadaan pembangkang yg bergolak pun kita x blh menang dgn penuh bergaya atau megurangkan jurang majoriti mereka dgn besar.Terima la hakikat Bn dah smpai masa nak bungkus di Pru akan dtg.Isu Gst,1mdb dan kelemahan pm amat ketara.Terima lah hakikat kaum cina dan golongan muda tidak lagi menyokong Bn.Jgn dok ckp nak tegak kan benang basah.Amat memalukan la...

  • Anonymous says:
    May 9, 2015 at 9:46 AM

    Bn nak lingkup yeh2...Najib takut bini yeh2..Rosmah sbnrnya Pm yeh2..

share2