Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 25, 2015

SHAH ALAM : BROKER SAHAM NAFI TIPU RM 1.3 JUTA




Akibat memperdayakan pelanggan RM1.3 juta untuk pelaburan di RHB Investment Bank Berhad, seorang broker saham menghadapi empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Chan Yew Mun, 31, didakwa mengambil tiga cek Public Bank Berhad daripada Goh Kho Hong, 55, masing-masing pada 26 September 2013 berjumlah RM250,000, 21 Disember 2012 (RM250,000) dan RM300,000 pada 31 Disember 2013.

Chan turut didakwa mengambil sekeping cek lagi Affin Islamic Bank Berhad berjumlah RM500,000 pada 20 Disember 2013 di Bandar Pinggiran Subang.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh didenda dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi menawarkan wang jaminan RM100,000.

Bagaimanapun, peguam tertuduh John Das meminta ia dikurangkan kepada RM40,000 berikutan ibu bapa tertuduh tidak sihat selain mempunyai anak perempuan yang masih kecil.





0 comments:

share2