Dato' Hasan tiba di masjid Kg. Perepat
Kuala Rompin, 24.4.15 - “Cakap Berbekas”. Begitulah anggapan 90 peserta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) terhadap calon Rompin, Dato’ Hasan Ariffin.
Dalam pertemuan hanya 15 minit dengan Dato’ Hasan selepas sembahyang jumaat di Masjid Al Hidayah, 90 peserta DARA di Kampung Perepat, Rompin penuh yakin masalah mereka untuk mendapat geran tanah daripada kerajaan Pahang akan selesai segera.
90 peserta DARA di Perepat sudah menyertai program pembangunan tanah DARA lebih 24 tahun dan sudah terlalu lama menunggu geran tanah diberikan kepada mereka.
Dato' Hasan disambut mesra penduduk Kg. Perepat
90 peserta DARA di Perepat sudah menyertai program pembangunan tanah DARA lebih 24 tahun dan sudah terlalu lama menunggu geran tanah diberikan kepada mereka.
Dalam pertemuan selepas sembahyan jumaat tadi, Imam Masjid Ghazali @ Abdullah Awang mewakili perserta DARA berjumpa Dato’ Hasan.
Imam 2, Nurzalifah Muhammad yang ditemui PahangKu Media berkata peserta yakin masalah geran tanah mereka akan dapat diselesaikan oleh Dato’ Hasan dalam jangkamasa terdekat jika diberi mandat menjadi wakil parlimen Rompin.
Menurut beliau, Dato’ Hasan yang dikenalinya ketika menjadi wakil rakyat dulu tidak pernah cakap kosong dan yakin janji yang diberikan kali ini akan ditunaikannya.
Dato' Hasan bersama Imam 1 masjid Kg Perepat
Imam 2, Nurzalifah Muhammad yang ditemui PahangKu Media berkata peserta yakin masalah geran tanah mereka akan dapat diselesaikan oleh Dato’ Hasan dalam jangkamasa terdekat jika diberi mandat menjadi wakil parlimen Rompin.
Imam 2,
Nurzalifah Muhammad baju putih
0 comments:
Post a Comment