Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 26, 2015

[ROMPIN] DS HISHAMUDDIN LAWAT SKUADRON 322 TUDM BUKIT IBAM


Oleh Zainal Shamsudin


Bukit Ibam, 25.4.15 - Kebajikan adalah agenda utama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keutamaan kepada perumahan, pendidikan anak anak dan kemudiannya mendekatkan ATM dengan rakyat.

“Blue Print” bagi kebajikan ATM sedang disediakan sendiri oleh ketiga-tiga perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara untuk Rancangan Malaysia ke 11. Seterusnya untuk perancangan untuk 15 tahun akan datang.,” kata menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perancangan jangka begitu panjang dibuat bagi menentukan anggota yang mungkin tidak mendapat kemudahan perumahan untuk jangkamasa terdekat masih mempunyai masa depan cerah untuk memperolehi kemudahan dalam Rancangan Malaysia yang seterusnya.

Turut dipertimbangankan dalam “blue print” ATM adalah kos sara hidup yang berlainan di kawasan yang mereka bertugas.

Hishammuddin melawat ke Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam hari, ini turut menjanjikan anak-anak tentera akan mendapat bas untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah menggantikan penggunaan trak tentera seperti yang dilakukan sekarang.

Hishammuddin turut melawat Projek Jiwa Murni ATM, membaiki 3 buah rumah di Kampung Aur yang terletak berhampiran Skuadron 322.

Antara bantuan yang diberi kepada penduduk di situ adalah membaiki rumah Yusof Awang yang terbakar seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu.








0 comments:

share2