Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 4, 2015

LIPIS: BELIA TAK FAHAM POLITIK


Belia tak faham politik


Pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menghampiri generasi muda tidak terhad dalam sudut politik semata-mata malahan ia perlu mencakupi perspektif kemasyarakatan dan ekonomi yang lebih luas.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi platform berbentuk pendidikan, ekonomi dan kegiatan sukan misalnya, BN dapat memainkan peranan menyatupadukan golongan muda.

Menurutnya, halangan menarik penyertaan generasi muda dalam BN timbul apabila ramai tidak memahami aspirasi perjuangan politik.

“Ini kerana segelintir golongan berkenaan yang terpengaruh dengan asakan dakyah media baharu serta hanyut dengan janji pihak tertentu khususnya pembangkang menyebabkan mereka tersisih dengan idealisme perjuangan kerajaan BN.

“Menerusi program turun padang secara proaktif serta membanyakkan kegiatan sukan dan pendidikan, golongan ini dapatlah kita libatkan bersama dan mengasah minda mereka kembali yakin terhadap perjuangan kita," katanya selepas merasmikan Penutup Kejohanan Bola Sepak Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) di sini, kelmarin.

Abdul Rahman yang juga Ketua Umno Bahagian Lipis berkata, kerajaan BN dan pemimpin setempat telah melaksanakan pelbagai usaha mendekati golongan muda khususnya menyediakan kemudahan asas untuk kebajikan dan sosial di semua tempat.

Beliau dalam pada itu, turut memuji pengelolaan kejohanan Maksak kerana berjaya menarik ramai belia menyertai sukan yang dipertandingkan.

0 comments:

share2