Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 4, 2015

KUANTAN: SOLAT SUNAT GERHANA BULAN SELEPAS MAGHRIB


Solat sunat gerhana bulan selepas Maghrib


Semua masjid dan surau di negeri ini di saran mengadakan solat sunat gerhana bulan dan khutbah berikutan fenomena gerhana bulan penuh yang dapat dilihat pada hari ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, fenomena yang berlaku ini menunjukkan kebesaran ALLAH apabila bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan yang menyebabkan berlakunya gerhana bulan penuh.

Menurutnya, waktu yang terbaik menunaikan sunat ini adalah di antara waktu solat Maghrib dan Isyak seterusnya disertakan dengan khutbah.

“Sebagai umat Islam kita digalakkan melakukan solat sunat ini walaupun sekali seumur hidup kerana fenomena seumpama ini jarang berlaku apatah lagi kita semua boleh melihat dengan jelas bagaimana proses gerhana berlaku.

“Secara tidak langsung kita dapat melihat keagungan ALLAH yang boleh menjadikan apa yang ada di langit dan bumi berubah,” katanya.

Sementara itu, Agensi Angkasa Negara menyatakan fenomena gerhana bulan penuh ini merupakan satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia tahun ini.

Di semenanjung, bulan akan terbit sekitar 7.20 malam manakala kemuncak gerhana berlaku 8 malam dan fenomena ini berakhir pada 10.58 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.

0 comments:

share2