Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 10, 2015

KUANTAN: SALAH GUNA SURAT KEBENARAN


Salah guna surat kebenaran


Kegiatan mengutip derma membabitkan pelajar di sekitar bandar ini semakin licik apabila dikesan menyalahgunakan surat kebenaran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang sudah dibatalkan.

Aktiviti itu didapati mula mengalih tumpuan ke kawasan kampung berbanding berada di premis tertentu.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat berkata, dia menyedari kehadiran beberapa pelajar di sekitar Beserah mengutip derma bagi tujuan membina masjid.

Bagaimana pun katanya, surat kebenaran yang ditunjukkan menimbulkan keraguan.

“Kita tak kisah untuk memberi derma, tetapi kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan pelajar untuk tujuan mendapatkan wang.

“Perkara ini perlu diatasi memandangkan banyak kes sebegini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Muip sudah membatalkan surat kebenaran mengutip derma untuk masjid berkenaan pada Mac lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kegiatan tersebut melalui bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memastikan mereka yang menggunakan surat kebenaran palsu dikenakan tindakan.

“Muip akan terus memantau situasi ini supaya tidak berleluasa dan orang ramai yang meragui status pengutip derma diminta untuk melaporkan kepada Jaip,” katanya.

0 comments:

share2