Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 1, 2015

HAIWAN DIPERLINDUNGI DIBUNUH KEJAM ?



Status ini ditemui di sebuah laman facebook. Persoalannya apakah individu berkenaan tidak tahu akta hidupan liar yang melarang keras penangkapan dan pembunuhan haiwan liar yang semakin pupus. Bahkan pemiliknya dengan bangga memaklumkan kepada umum pembunuhan berkenaan semata-mata memenuhi kehendaknya dalam 'bermain panah'.

Mungkin pihak Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara serta pihak polis perlu menyiasat apakah kejadian benar-benar berlaku dan tindakan tegas perlu diambil kerana membunuh haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Mungkin pihak polis juga perlu menyemak sama ada individu berkenaan memiliki lesen yang sah untuk memiliki dan menggunakan 'panah' berkenaan jika penggunaannya memerlukan lesen tertentu.

Didalam keadaan negara dan alam menghadapi kepupusan haiwan-haiwan liar, semua pihak perlu bertindak tegas dalam melaksanaan akta-akta yang berkenaan.

Sikap sesetengah individu yang memperolok-olokkan undang-undang dan akta-akta tertentu sangat di kesalkan. Menganggap nyawa haiwan yang diperlindungi tidak berharga hanya kerana hobi yang membawa mudarat juga tidak dapat dimaafkan.

Mungkin ketika ini status berkenaan telah dipadamkan, namun pihak berkuasa perlu mengadakan siasatan dan membawa poihak yang bersalah kemuka pengadilan.





0 comments:

share2