Bila Tok Awang tengok dan fikir-fikirkan, memang mudah dan beruntung jadi pembangkang di negara kita ini. Bila membangkang tak perlu ada fakta, cukup setakat tuduhan saja. Sama ada logik atau tidak, berasas atau tidak, tak perlu dipertimbangkan. Yang malangnya adalah rakyat yang tidak berpeluang mendapat maklumat pilihan. Kerana mereka akan mudah percaya kepada sumber yang satu itu saja dan apabila sumber itu tidak benar maka jadilah mereka mangsa dan alat menyebar pembohongan.
Teknologi maklumat yang semakin canggih dan mudah ini memudahkan lagi penyebaran berita-berita palsu. Tidak cukup dengan laman blog, facebook datang pula Whatsapp dan Telegram, Segalanya semakin canggih... maklumat dihujung jari dan fitnah juga dihujung jari.
Masih ingat ketika banjir 2003 lalu, bagaimana Menteri Besar Pahang sendiri difitnah memiliki kereta mewah RollRoyce yang tenggelam ketika banjir. Fitnah itu menjadi viral. Ramai antara kita percaya dan turut menyebar fitnah berkenaan tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Akhirnya baru kita sedar bahawa gambar berkenaan adalah ketika banjir di Indonesia dan Menteri Besar Pahang tidak pernah langsung memiliki kenderaan mewah berkenaan.
Apakah pencipta fitnah itu memohon maaf? Apakah kita yang turut menyebar fitnah itu juga memohon maaf dan merasa berdosa? Apakah kita terfikir betapa mudahnya bagi kita menuduh seseorang dan apakah kita juga berfikir betapa susahnya mereka yang dituduh itu untuk menafikan tuduhan berkenaan? Yang dituduh harus menafikannya dengan segala fakta sedangkan yang menuduh hanya perlukan auta.
Demikianlah dengan pembangkang di Malaysia ini. Mereka menyebarkan fitnah disana sini sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah dan merasa ada tanggungjawab kepada rakyat sedikitpun. Kepada mereka, jika rakyat percaya.. bodohlah mereka. Kerana bagi mereka, yang bodoh adalah 'makanan' kepada yang cerdik.
Tok Awang cuma nak nasihat kepada anak-cucu. Bila berfacebook dan berwhatsapp, hati-hatilah dengan fitnah dan jangan jadikan diri kita sebahagian penyebar fitnah berkenaan. Tok Awang nak sebut sedikit saja dari amanat yang semua orang dah tahu dan patut tahu apa yang sedang berlaku di akhir zaman ini iaitu: ..“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6)..
Orang-orang fasik itu boleh jadi sesiapa saja. Boleh jadi juga dari PKR yang kerjanya berdemo sepanjang masa, atau DAP yang memangnya berusaha untuk mendapatkan kuasa dan menguasi bangsa dan agama kita bahkan dari Pas yang menjaja agamanya. Wallahualam!
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment