Ketika PKR menganjurkan demo 'mengemis' sokongan rakyat apabila Anwar disumbat ke penjara Sungai Buluh, Lim Guan Eng meminta semua wakil rakyat DAP untuk tidak menyertainya. 'Wakil rakyat patut berada dikawasan masing-masing dan bertugas untuk rakyat' - begitu kata Lim Guan Eng.
Apakah hanya baru kini DAP sedar bahawa apa yang dilakukan selama ini adalah tidak betul dan sia-sia? Atau apakah DAP sudah merasakan tidak lagi perlu memberikan sokongan kepada Anwar atau berpura-pura lagi menyokong Anwar?
Mungkin juga DAP merasakan sudah memadai hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat dan mereka sudah mendapat apa yang mereka inginkan dalam 'marriage of convenience' itu? Mungkin juga merasakan Anwar sudah tidak diperlukan lagi... sudah tidak berguna. Habis manis sepah dibuang!
Apapun Tok Awang rasa saranan Lim Guan Eng agar wakil rakyat berada dikawasan masing-masing dan memberikan khidmat kepada rakyat sememangnya wajar kerana mereka dipilih untuk memberikan khidmat dan pastinya itu juga janji mereka ketika pilihanraya dulu.
Di Kuantan dan Indera Mahkota, kemana hilangnya wakil rakyat ketika bencana banjir dulu? Sekarang pun bukan mudah untuk menemui mereka. YB Fuziah Salleh dah lama tak nampak muka, kemana menghilang? Apakah tugasnya hanya untuk mengetuai demo anti Lynas saja?
Asal ada demo anti Lynas ada Fuziah, asal ada Fuziah adalah demo anti Lynas. Akhirnya Fuziah tak muncul-muncul.. apakah barah buah dadanya akibat radiasi Lynas atau akibat mengadakan bersiri-siri demo anti Lynas?
Elok juga orang-orang di Tanjung Lumpur, Beserah, Teruntum dan Semambu bertanya ' dimanakah wakil rakyat mereka? Apa yang wakil rakyat mereka buat dan bantu mereka selama ini? Jika tidak, mereka tidak diperlukan lagi akan datang.
Tok Awang dengar banyak rungutan rakyat jelata yang mencari Ahli Parlimen dan Adun mereka tetapi tak berjaya jumpa. Jangan sampai rakyat berdemo mencari wakil rakyat atau membuat notis wakil rakyat hilang.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment