Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 7, 2015

SUSPEK ROGOL DIPUKUL HINGGA MATI


Suspek rogol dipukul hingga mati


New Delhi - Seorang suspek kes rogol di India maut selepas dipukul beramai-ramai di timur laut negara itu berikutan kemarahan penduduk terhadap kadar keganasan seksual yang semakin meningkat di negara berkenaan.

Menurut AFP, puluhan perusuh dikatakan memecah masuk ke penjara di bandar Dimapur dan menculik tertuduh sebelum dilucutkan pakaian, diseret sejauh 6 kilometer (km) dan dipukul hingga mati.

Akhbar The Hindustan Times melaporkan, orang ramai merobohkan dua pintu pagar dan melarikan suspek sebelum dia diheret ke menara jam yang merupakan mercu tanda di bandar tersebut.

Laporan lain turut menyebut, orang ramai mula berarak menuju ke penjara dari lokasi sejauh hampir 7 km.

"Keadaan sangat tegang. Kami akan cuba yang terbaik untuk memulihkan keadaan," menurut pegawai polis Meren Jamir.

Difahamkan, suspek yang ditahan 24 Februari lalu atas dakwaan merogol seorang pelajar kolej dikenal pasti sebagai peniaga kereta berusia 35 tahun.

0 comments:

share2