Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 5, 2015

SUSPEK BUNUH BEKAS POLIS KENA CEKUP


Alor Setar - Polis Kota Setar menahan seorang lelaki berumur 39 tahun selepas disyaki menikam seorang bekas anggota polis di Taman Anggerik di sini, semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah menahan lelaki terbabit di Kampung Seberang Perak, di sini kira-kira 7 malam. 

Ang Kean Eng, 31, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian perut dan dada dalam kejadian pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di kawasan tempat meletak kenderaan di taman perumahan itu jam1.45 pagi hari yang sama.

"Siasatan awal mendapati suspek menuntut hutang RM100 daripada mangsa berhubung penjualan dadah. Bagaimanapun berlaku pergelutan sehingga suspek menikam mangsa di bahagian perut dan dada dengan menggunakan senjata tajam," katanya.

Mohd Nashir berkata, suspek yang ditahan reman tujuh hari sejak semalam, mempunyai tiga rekod jenayah lampau kerana menyamun, memeras ugut dan memiliki barangan curi.

Beliau berkata, polis masih memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Jatt berumur lingkungan 30-an dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu.

0 comments:

share2