Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 7, 2015

SAMPAH BERTABURAN SELEPAS HIMPUNAN


kitalawan


Kuala Lumpur - Persimpangan Jalan Dang Wangi dicemari sampah-sarap yang bertaburan di atas jalan raya dipercayai adalah risalah yang dibawa peserta pada perhimpunan tanpa kebenaran #kitalawan di pekarangan pusat beli-belah Sogo, di sini, hari ini.

Tinjauan Sinar Online mendapati risalah berbentuk kertas putih bersaiz A4 itu dipercayai dibuang di merata tempat dan ia agak ketara selepas peserta mula beredar meninggalkan lokasi utama perhimpunan itu.

Cuaca hujan seawal jam 3.50 petang tadi memburukkan keadaan apabila sampah sarap yang ditinggalkan peserta semakin mengotori ibu negara.

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 10, 2015 at 9:40 AM

    sampah itu kotor, dibawa oleh sipengotor. maka kotorlah bandaraya kita.

share2