Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 3, 2015

POLIS AS TEMBAK MATI GELANDANGAN


Polis AS tembak mati gelandangan


Los Angeles - Satu rakaman video amatur yang menunjukkan pergaduhan antara seorang lelaki yang dipercayai seorang gelandangan dan lima anggota polis, tersebar di Facebook hari ini.

Dalam video tersebut, kedengaran seorang anggota polis menyuruh lelaki berkenaan membuang senjatanya.

Lima das tembakan kemudiannya dilepaskan selang beberapa saat.

Menurut BBC, punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.

Pegawai polis, Andrew Smith memberitahu terdapat perebutan senjata api yang dibawa oleh salah seorang polis berkenaan.

Smith juga menyatakan tiada senjata lain ditemui di tempat kejadian.

0 comments:

share2