Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 29, 2015

MALAYSIA KALAHKAN MACAU 2-0


Malaysia kalahkan Macau 2-0


Malaysia mengalahkan Macau 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan I, pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun di Stadium Shah Alam, di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, skuad negara menghadapi kritikan akibat kalah dengan kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi pembukaan.

Antara yang mengkritik adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda meminta skuad Bawah 22 (B-22) negara supaya bangkit melakar kemenangan ke atas Macau pada aksi kedua kumpulan I untuk membolehkan Malaysia layak.

Kekalahan Malaysia kepada Vietnam sebelum ini telah menyukarkan laluan menempah slot ke pusingan akhir kejohanan di Qatar, Januari tahun depan.

Perlawanan terakhir Malaysia adalah bertemu Jepun pada 31 Mac ini di Stadium Shah Alam.

0 comments:

share2