Satu laporan polis telah dibuat terhadap sebuah laman facebook palsu yang menggunakan nama Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob pada jam 2.00 petang semalam di Balai Polis Kuantan.
10 pemimpin NGO turut sama ketika laporan dibuat. Beberapa akhbar arus perdana juga turut melaporkannya semalam.
Menurut sumber, antara asas laporan berkenaan adalah; Status di akaun berkenaan tidak mencerminkan sama sekali kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang. Menurut kenyataan dari Pejabat Menteri Besar, Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob mahupun pihaknya tidak mengendalikan laman facebook berkenaan serta pembinaan laman berkenaan tidak mendapat kebenaran dari pihaknya.
Selain itu, kewujudan akaun palsu facebook berkenaan hanyalah akan mengelirukan rakyat serta beniat jahat.
Menurut tinjauan, banyak pihak berharap agar pihak SKMM mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pemilik akaun palsu tersebut.
0 comments:
Post a Comment