Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 8, 2015

HIMPUNAN #KITALAWAN DICEMARI MERCUN, SAMPAH


kitalawan


Kuala Lumpur - Meskipun tiada kekecohan berlaku, himpunan tanpa kebenaran, #kitalawan yang berlangsung di hadapan kompleks beli-belah Sogo jam 4 petang semalam dicemari dengan letupan mercun.

Hasil tinjauan Sinar Online mendapati terdapat beberapa insiden mercun diletupkan oleh peserta himpunan berhampiran tapak lokasi himpunan.

Insiden letupan mercun bukan hanya dilaporkan berlaku di hadapan pusat beli-belah Sogo, malah turut dilapor berlaku di pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada petang semalam.

Ia sekaligus mendatangkan bahaya kepada pengunjung pusat beli-belah, peserta himpunan dan pengguna jalan raya.

Dalam pada itu, persimpangan Jalan Dang Wangi dicemari sampah-sarap yang bertaburan di atas jalan raya dipercayai adalah risalah yang dibawa peserta pada perhimpunan.

Tinjauan wartawan Sinar juga mendapati risalah berbentuk kertas putih bersaiz A4 itu dipercayai dibuang di merata tempat dan ia agak ketara selepas peserta mula beredar meninggalkan lokasi utama perhimpunan itu.

Cuaca hujan seawal jam 3.50 petang  memburukkan keadaan apabila sampah sarap yang ditinggalkan peserta semakin mengotori ibu negara.

0 comments:

share2