Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 16, 2015

BERA : AHLI UMNO PERLU SERIUS HADIRI MESYUARAT CAWANGAN




Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mahu ahli parti memandang serius terhadap mesyuarat cawangan yang akan diadakan di bahagian masing-masing meskipun tiada pertandingan diadakan pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Ahli Parlimen Bera merangkap Ketua UMNO Bahagian Bera itu berkata, mereka perlu menggunakan ia sebagai platform untuk menyuarakan sebarang pandangan dan usul yang boleh menentukan hala tuju parti serta agenda mengukuhkan parti.

"Bila sebut UMNO ia sebuah parti demokratik dan anggota mempunyai peluang menyuarakan pandangan. Kalau mereka tidak datang (mesyuarat) bagaimana pandangan mereka nak disuarakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan UMNO cawangan dalam Bahagian Bera di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata mesyuarat bagi 54 cawangan UMNO dalam Bahagian Bera akan diadakan selama tiga hari iaitu 3 hingga 5 April depan.




0 comments:

share2