Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 7, 2015

AZHARUDDIN TIDAK TERKEJUT DENGAN KRITIKAN


Azharuddin Abdul Rahman


Putrajaya - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman tidak terkejut dengan kritikan terhadap beliau semasa mengendalikan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lepas.

"Malah sehingga sekarang saya masih dikritik. Saya masih tidak berubah dari 8 Mac tahun lepas sehingga sekarang," katanya apabila ditanya bagaimana dia menghadapi kritikan semasa taklimat media di sini hari ini sempena setahun kehilangan pesawat itu.

Azharuddin yang merupakan salah seorang jurucakap utama insiden itu semasa sidang akhbar harian menjadi sasaran kritikan terutamanya semasa mula-mula pesawat itu hilang, berikutan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan yang diterima pihak akhbar.

Mengimbas kembali beberapa minggu awal semasa pesawat itu hilang, Azharuddin berkata, pasukannya begitu cemas semasa mencari pesawat itu.

"Keadaan pada awal kejadian adalah berbeza daripada hari ini. Kami kini berhubung dengan hampir semua pihak termasuk Inmarsat untuk mengumpul maklumat.

Setiap maklumat yang kami terima perlu disahkan dan kami perlu memaklumkan kepada media dan waris terdekat, katanya.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac 2014 dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

0 comments:

share2