Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 9, 2015

AL-FATIHAH - HARUN SALIM BACIK

Harun Salim Bachik


BERITA pemergian pelawak tanah air, Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim,55, hari ini ternyata mengejutkan ramai pihak.

Apa tidaknya tiada angin atau ribut atau petanda tiba-tiba petang tadi beliau diberitakan telah meninggal dunia setelah jatuh rebah di hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Gunung Semanggol Perak.

Ternyata ketentuan ALLAH mengatasi segalanya, walaupun terkejut dengan berita itu ternyata rakan-rakan seperjuangannya meredai apa sahaja yang tertulisNYA.

Selepas sahaja berita kematian beliau tersebar, rakan-rakannya tidak putus-putus 'menghulurkan' doa buat Allahyarham Harun Salim Bachik.

Antaranya rakan baik beliau Afdlin Syauki yang menyifatkan Harun sebagai kawan yang baik.

“Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang.

“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Sementara itu Datuk Aznil Nawawi turut menitipkan doa buat Allahyarham.

"Ya ALLAH Kau himpunkan lah dia bersama orang-orang yang solleh. Al-Fatihah ‪#‎HarunSalimBacik‪#‎DalamKenangan," tulisnya di Twitternya.

Dalam pada itu, Norman Abdul Halim turut mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

"Satu kehilangan besar bagi industri kreatif namun ALLAH lebih menyayanginya. Takziah kpd keluarga Allahyarham Harun Salim Bachik. Al Fatihah," tulisnya di laman Twitternya.

Sementera Tiara Jacquelina turut menyampaikan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

" Innalillah.. 'i just heard the sad news that my friend Harun Salim Bachik the actor, director and funnyman passed..'," tulisnya di Twitter.

Dalam pada itu, Wak Doyok juga turut mendoakan agar Allahyarham dicucuri rahmat.

"Al Fatihah buat arwah abang harun salim bachik dan keluarga. Semoga roh nya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT amin," tulisnya di Twitter.

Selain itu, Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kaiat turut menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Pelawak dan bekas Presiden Seniman, Harun Salim Bachik meninggal dunia sebentar tadi. Takziah kepada keluarganya. Al Fatihah," tulisnya di Facebook.

‏Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R.

Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.



0 comments:

share2