Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 9, 2015

TOK AWANG SELAMPIT: MENJELANG KEPUTUSAN RAYUAN KES LIWAT ANWAR



Tak lama lagi kita akan dapat mendengar keputusan dari mahkamah berkenaan kes liwat Anwar Ibrahim. Yang memihak kepadanya sudah bersedia untuk menuduh mahkamah tidak adil jika beliau didapati salah. Seperti selalu, apa saja keputusan yang tidak memihak kepada mereka adalah tidak adil dan salah.

Rakyat sudah sangat sedar mengenainya. Perjuangan hanyalah untuk membebaskan Anwar walaupun beliau bersalah. Tok Awang baca banyak pendapat mengenai perkara ini, namun pendapat dan pandangan dari seorang yang pernah bersahabat baik dengan Anwar suatu ketika dahulu jangan kita tidak ambil peduli.

Berikut adalah pandangan dari Zulkifli Nordin, seorang yang rapat dengan Anwar dan dapat melihatnya dari luar dan dalam:

Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.

Dalam bahasa hak asasi manusia, ini adalah aduan kes pencabulan seksual oleh seorang majikan terhadap kakitangannya. Dinegara barat, ini adalah suatu kes yang serius dan boleh dikenakan hukuman berat!

Takkanlah kita nak percaya tohmahan kumpulan pro-pembangkang bahawa Najib terlibat!

Cuba tanya akal kita sendiri, menasabah kah untuk Najib terlibat?

Bagaimana caranya Najib mendapatkan sampel airmani Anwar? Bagaimana Najib memasukkan sampel airmani itu kedalam dubur Saiful? Perlu diingat DNA yang ditemui didalam dubur Saiful dan disahkan oleh pakar kimia, forensik dan perubatan iailah DNA bersumberkan airmani Anwar!

Takkanlah Najib yang memerangkap Anwar? Adakah Najib memerangkap Anwar supaya meliwat Saiful? Logik kah tohmahan itu?

Apa yang penting ialah kita memberikan ruang dan peluang kepada kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang untuk membuat keputusan dan penghakiman mereka.

Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan hujah dihadapan Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili oleh berbelas peguam, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan seorang peguam veteran Datuk Gopal Sri Ram, selain anak-anak mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh, selain daripada beberapa peguam kanan dan senior yang lain.

Mereka diberi ruang dan peluang secukupnya, malah berlebih-lebihan, untuk mengemukakan hujah mereka.

Kini benarkan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan ini membuat keputusan dan penghakiman mereka tanpa sebarang tekanan, desakan atau ugutan.

Jangan dipolitikkan kes ini. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah melibatkan seorang majikan yang didakwa meliwat kakitangannya!

Apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan hendaklah kita hormati dan terima. Walaupun saya memberikan hujah panjang lebar diatas, namun kata pemutusnya adalah ditangan Mahkamah dan Hakim-Hakim yang arif lagi bijaksana ini.

Kalau ditakdirkan mereka membuat keputusan menerima rayuan Anwar dan membebaskan dia, saya perlu akur menerima dan menghormatinya, walaupun saya mungkin tidak setuju.

Dan jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara samada 5 tahun atau lebih, maka itu pun kita wajib menerima dan menghormatinya walaupun kita mungkin tidak bersetuju.

Ingatlah, keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful.

Dan yang lebih penting, keadilan adalah untuk kebenaran, insyallah!

Tok Awang tak nak komen banyak-banyak, cuma fikir-fikirkanlah. Anwar bukanlah maksum. Semakin lama kita nampak wajah sebenarnya semakin jelas. Lihat saja parti PKR yang ditubuhkan sebagai alat untuk membelanya dulu... mana kawan-kawan yang sama-sama menubuhkannya? Jika Anwar dipihak yang benar, kenapa kawan-kawanya semuanya sudah meninggalkan perjuangan yang sia-sia itu?

Tok Awang rasa, kita akan lebih bahagia tanpa adanya bersama kita.


Tok Awang Selampit.




0 comments:

share2