Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 5, 2015

PROVOKASI KAIN RENTANG: TENGKU ABDULLAH KECEWA


Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa kecewa dengan isu kain rentang berunsur provokasi yang dipasang segelintir penyokong pada perlawanan Sumbangsih, Sabtu lepas.

"Hampalah sikit," titahnya kepada pemberita sebagai mengulas perkara berkenaan selepas majlis pecah tanah Ibu Pejabat Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Presint 5 di Putrajaya, hari ini.

"Saya tidak perlu komen hal ini sebab banyak pihak sudah menyentuh tentang hal ini. Saya lebih suka berdiam diri," titah Tengku Mahkota Pahang itu.

Pada perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan tuan rumah JDT menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, segelintir peminat memasang kain rentang manusia berkepala anjing yang dikaitkan dengan kepimpinan FAM.

Kain itu pantas diturunkan polis dan marshal yang bertugas. Lebih kurang sejam selepas perlawanan berakhir, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, mengesahkan penahanan 12 penonton susulan insiden itu.

Perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu berakhir dengan kemenangan JDT 2-0.

0 comments:

share2