Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 24, 2015

KERETA GUAN ENG JADI VIRAL


Kereta Guan Eng jadi viral


Georgetown - Kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1, sekali lagi menjadi viral dalam media sosial, semalam.

Pengguna laman Facebook mengecam tindakan pemandu kereta terbabit kerana ia diparkir bersebelahan pili bomba di Lebuh King.

Difahamkan, gambar yang dimuat naik itu dikongsikan ribuan pengguna laman sosial yang turut mengaitkan tindakan ketua menteri itu sebagai salah guna kuasa selaku ketua menteri.

Sebelum ini, kereta beliau pernah menjadi viral kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Tindakan itu turut dikecam hebat pengguna laman sosial dan didesak untuk dikenakan tindakan undang-undang.

0 comments:

share2