Kerajaan melalui wakil rakyatnya menghulurkan bantuan banjir kepada semua rakyat yang terlibat dengan bencana banjir tanpa mengira keturunan serta fahaman politik. Ini dilakukan bersama-sama dengan badan bukan kerajaan atas dasar kemanusian.
UMNO menghantar sukarelawaannya ke serata pelusuk negara menjalankan tanggungjawab sosial sama ada mengagihkan bantuan berupa makanan serta pakaian. Bahkan ketika banjir mulai surut mereka tetapi mengulanginya lagi dengan kerja amal terutama membantu membersihkan bangunan-bangunan kerajaan serta sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan dimulakan pada masa yang ditetapkan.
Bagaimanapun, dilaman media sosial masih ada dari kalangan pembangkang yang seolah-oleh memperlekehkan usaha yang djalankan oleh kerajaan serta wakil rakyat kerajaan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka tanpa mengira penat lelah.
Justeru, kepada mereka yang tidak melakukan apa-apa disarankan janganlah memperkecilkan usaha orang lain kerana apa yang wakil-wakil rakyat kerajaan lakukan selama ini bukanlah bermotifkan politik sebagaimana yang mereka dakwa.
0 comments:
Post a Comment