Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 28, 2015

USUL PARLIMEN BELIA DIBAWA KE KABINET


Khairy Jamaluddin


Subang Jaya - Usul yang dibahaskan oleh perwakilan Belia sewaktu Persidangan Parlimen Belia telah dikemukakan pada Kabinet.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Kabinet telah menerima usul tersebut dengan baik dan menunggu keputusan daripada kementerian-kementerian yang terlibat.

"Ada beberapa usul dibawa ke Kabinet seperti kad diskaun pengangkutan untuk belia yang telah pihak kementerian berkaitan.

“Semasa saya bentangkan pada Kabinet minggu lepas, saya lihat ada penerimaan yang baik pada dasarnya. Namun,secara khusus ia akan dipertimbangkan kementerian terlibat," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bahagian Belia Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), semalam.

Katanya lagi, Parlimen Belia adalah inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini serta akan datang.

Sebelum ini sebanyak sembilan usul telah dibahasakan pada persidangan Parlimen tersebut.

Sementara itu, Khairy ketika ditanya mengenai penggantinya sebagai Ketua Pemuda Umno, beliau berkata penggantinya mesti lebih baik daripadanya.

"Sehingga kini saya masih mencari pengganti yang sesuai untuk menggantikan tempat saya pada Pemilihan Sayap Umno akan datang," katanya.

0 comments:

share2