Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 30, 2015

TOK AWANG SELAMPIT : PERIHAL HAJI HADI KECEWA DENGAN HASRAT PILIHANRAYA PBT LIM GUAN ENG



Akhirnya Pas baru sedar bahawa mereka telah tertipu dengan perjuangan DAP kafir harbi. selama ini. Baru kini mereka sedar bahawa perjuangan cina DAP hanyalah untuk kepentingan kelompok mereka sendiri sahaja tanpa mengira kepentingan orang lain.

Ketika Pas ingin melaksanakan hudud, DAP mendesak dan memaksa supaya hudud tidak dilaksanakan, namun bila DAP ingin kaburi mata rakyat dengan laksanakan pilihanraya tempatan bagi menguasai politik setempat, teguran dan rayuan Pas langsung tidak mereka endahkan.

Mungkin baru kini Pas sedar bahwa kerjasama Pas dengan DAP tidak menguntungkan orang Islam dan tidak juga untungkan orang Melayu. Bahkan Pas dilihat sebagai 'anjing' peliharaan DAP.

Tok Awang masih ingat ada pemimpin Pas yang katanya mereka lebih rela bersahabat dengan syaitan demi memusihi UMNO. Mereka rela berkerjasama dengan cina DAP demi memusuhi Melayu Islam dalam UMNO. Mereka sedang menerima hukuman dari Allah atas perbuatan tangan mereka sendiri.

Sebagaimana dulu, Pas berdoa 'Pecah Perut' terhadap pemimpin UMNO dalam stadium, dan akhirnya Allah datangkan bala dan malapetaka, satu stadium dipenuhi air banjir dalam bah besar baru-baru ini.

Jika Allah tidak menghendaki negara di pimpin oleh UMNO, tentu sudah lama UMNO dikalahkan, namun Allah masih tidak merestui perjuangan Pas yang kononnya perjuangkan Islam tetapi sebenarnya hanya pergunakan Islam untuk cita-cita politik mereka yang tidak diizinkan Allah.

Allah izinkan Pas perintah Kelantan untuk perlihatkan kegagalan pemerintahan Pas disana dan menyaksikan rakyat Kelantan hidup dalam miskin dan derita. Apakah mereka masih tidak melihat bahawa janji Pas hanyalah dusta semata-mata?

Mana Ladang Rakyat? Yang rakyat dapat hanyalah bencana banjir akibat dari pembalakan diluar kawalan. Mana Lebuhraya Rakyat? Yang terpacak dan hampir-hampir tumbang hanyalah batu tanda yang membuktikan Pas tidak berupaya menunaikan janji mereka.

Ketika rakyat Kelantan dilanda banjir, siapa yang datang membantu? Jika pengikut Pas dan rakyat Kelantan masih juga belum sedar, memang sahlah mereka semua buta hati dan akan bebal selamanya.

Tok Awang kesian melihat Haji Hadi dipermainkan oleh Lim Guan Eng seperti 'pencacai pengangkut najis'....


Tok Awang Selampit.


0 comments:

share2