Dalam seminggu dua ni, heboh di media sosial bila kalangan masyarakat mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim mengenai cadangan merotan anak jadi kes jenayah.
Maka ramailah kalangan cerdik pandir dan bodoh pandai kita yang 'menjatuhkan' kepada Datuk Rohani atas kenyataan beliau itu tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Ibarat kata, belum habis cakap tapi keputusan sudah dibuat. (Baca Sini)
Bahkan kita juga mesti sedar bahawa itu hanya cadangan sahaja dan belum diputuskan lagi, tapi begitulah, ramai dikalangan kita yang jadi meroyan kerana cadangan merotan itu. Sepatutnya kita dengan penjelasannya sampai habis sebelum kita buat keputusan. Merotan yang bagaimana yang dilarang dan merotan bagaimana yang dipatutkan.
Kita tidak hendak merotan ini dijadikan alasan untuk penderaan kerana bukan sedikit ibu-bapa yang tidak dapat mengawal perasaan mereka apabila 'hantu sudah mari'. Mungkin kita masih belum lupa kes memukul tangan anak yang mencalarkan kereta bapanya dan akhirnya anak berkenaan kehilangan tangannya yang terpaksa dipotong akibat kecederaannya dibiarkan lama.
Tok Awang tidak lah hairan sangat akan sikap orang Melayu kita ini kerana memang orang kita cepat melenting. Orang lain yang merotan dia yang meroyan. Yang sebaiknya, tunggu dulu dan dengan penjelasan hingga habis, kemudian baru memberikan cadangan tanpa mencemuh peribadi mereka yang mencadangkan itu.
Janganlah menyangka bahawa kita yang bersekolah tinggi, di luar negara bahawa kita adalah yang terbijak dan pendapat kita sentiasa benar dan pendapat orang lain selalu salah. Jangan pula jadikan itu sebagai alasan untuk mencemuh peribadi orang lain kerana peribadi kita juga sebenarnya tidaklah seberapa.
Tok Awang Selamat.
0 comments:
Post a Comment