Semalam Menteri Besar umumkan bil air bagi bulan ini tidak di caj oleh PAIP bagi bantu ringankan beban rakyat mangsa banjir seluruh Pahang.
Kerajaan Pahang prihatin terhadap mangsa banjir yang terpaksa menggunakan air dalam jumlah yang banyak bagi membersihkan rumah serta perlatan rumah mereka yang ditenggelami air.
Kerajaan Pahang tidak beri janji besar kepada rakyat selama ini namun selalu prihatin dan bertindak membantu rakyat dalam apa juga yang diperlukan dan mengikut keadaan.
Dianggarkan seramai 310 ribu pengguna domestik akan mendapat faedah berkenaan dan dianggarkan juga sejumlah RM5.58 juta nilai yang ditanggung oleh pihak Pengurusan Air Pahang Berhad bagi membantu rakyat.
Bagi rakyat yang rasional tentu mereka berterima kasih kepada kerajaan, setidak-tidaknya didalam hati mereka namun bagi yang memang dilahrikan berhati batu dan beku mereka akan mencari apa saja jawapan untuk menidakkan.
Tok Awang Selanpit.
0 comments:
Post a Comment