Nampaknya banjir semakin pulih walaupun dibeberapa negeri, daerah dan kawasan pusat pemindahan masih dibuka. Sudah ramai yang boleh pulang ke rumah masing-masing, tapi Tok Awang percaya hati mereka pastilah gundah gulana melihat akibat dari bencana banjir kali ini.
Yang pulang ke rumah pastilah sedih dan pilu melihat rumah yang tunggang-langgang, namun mereka dikira masih bernasib baik kerana ada juga yang pulang ke rumah tercari-cari di manakah rumah mereka kerana yang tinggal hanyalah tiang dan tangga bahkan ada yang tidak lagi menemui apa-apa selain dari tapak dimana dulunya rumah mereka terdiri melindungi sekeluarga dari panas dan hujan.
Banjir kali ini diluar dugaan dan memang besar, bagaimanapun kita perlu mengambil iktibar darinya. Ini adalah hukum alam dan segalanya adalah dengan kehendak Tuhan. Allah menentukan segala-galanya dan tiada tersifir oleh akal manusia.
Ketika air sedang naik dan penyelamat berusaha untuk memindahkan mangsa, ada antaranya enggan berpindah kerana penuh yakin bahawa air tidak akan naik lebih tinggi...'Pak Cik dah duduk sini lebih dari 40 tahun, biasanya air banjir hanya sampai dibawah rumah saja' .. demikian antara kata-kata yang diluahkan kepada pasukan penyelamat. Namun takdir Allah menentukan segalanya dan yang biasa jadi luar biasa.
Ada yang rumahnya langsung tidak terkena banjir, tetapi nama dah tercatat dalam senarai mangsa banjir.. kerana nak dapatkan bantuan yang kerajaan berikan. Rupanya ada juga antara kita yang pandai dan cepat mengambil kesempatan. bantuan yang sepatutnya sampai kepada mereka yang benar-benar jadi mangsa dan kelaparan sudah diambil oleh mahkluk yang seperti ini.
Tidak ada apa yang dapat Tok katakan, melainkan Tok teringat akan akan burung gagak yang memakan bangkai kawan-kawannya sendiri.
Ada juga Tok dengar, bila ada bantuan yang nak diberikan mangsa sempat bertanya ini bantuan dari siapa? Kalau dari 'orang itu' mereka enggan menerima. Begitu juga sebaliknya, ada pasukan sukarela yang datang membawa bantuan tetapi terlebih dahulu mengenalpasti mangsa ini dari 'geng' mana.. jika dalam satu 'bulatan' maka diberilah bantuan.
Sepatutnya didalam keadaan begini kita jangan ada sikap mementingkan diri dan ikhlaskanlah apa yang kita lakukan atas nama kemanusiaan dan kerana Allah kerana mungkin kali ini masa orang susah mana tahu akan datang masa kita pula yang ditimpa susah.
Memanglah dalam memghadapi bencana sebegini ada pusat pemindahan atau rumah mangsa yang terputus bekalan letrik serta air, maka memang wajar bantuan diberikan namun menyenaraikan 'power bank' sebagai bahan untuk bantuan rasanya masih tidak wajar jika setakat untuk update status mereka di facebook dan permohonan demikian agak keterlaluan serta menjengkelkan.
Memanglah dalam memghadapi bencana sebegini ada pusat pemindahan atau rumah mangsa yang terputus bekalan letrik serta air, maka memang wajar bantuan diberikan namun menyenaraikan 'power bank' sebagai bahan untuk bantuan rasanya masih tidak wajar jika setakat untuk update status mereka di facebook dan permohonan demikian agak keterlaluan serta menjengkelkan.
Satu lagi ingatan Tok kepada anak cucu.. semasa membantu mangsa bencana ini, kurangkanlah ber'selfie' kerana itu akan menganggu emosi mereka. Jagailah sensitiviti mereka yang dalam kesusahan. Lakukanlah tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan.
Tok Awang Selampit.
0 comments:
Post a Comment