Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 28, 2015

TOK AWANG SELAMAT : KISAH MANGSA BANJIR DI PAHANG DAN KELANTAN



Banjir adalah bencana alam. Diturunkan atas kehendak Allah dan tiada siapa yang dapat menahannya. Yang penting kita kena ingat bahawa bencana banjir ini tidak memilih agama, bangsa dan kecenderungan politik. 

Tol Awang teringat lagi kisah mangsa banjir tak lama dulu. Banjir besar menyapu bersih apa saja dan segala harta-benda yang ada. Air tidak memilihsiapa mangsanya.

Kerajaan berusaha sedaya upaya membantu dengan segala kecekapan yang ada. Sama ada dari memindahkan mangsa sehingga membekalkan makanan dan pakaian. Malangnya tidak sedikit juga yang tidak berterima kasih dan bersyukur atas usaha yang kerajaan lakukan.

Bila lewat mendapat bantuan makanan, mereka akan merungut kerana konon tidak dibantu.Bila diberikan bantuan makanan mereka tetap merungut tentang makanan tidak memuaskan. Keadaan bertambah buruk bila dimanupulasikan oleh pihak pembangkang konon kerajaan gagal dan tidak ambil endah terhadap kebajikan rakyat.

Yang banyak mendapat bantuan kerajaan terutama penyokong pembangkang inilah yang banyak merungut dan tidak berpuas hati.


Di negeri Kelantan, rakyatnya tidak pula merungut walaupun kerajaan Pas tidak mampu membantu mereka. Malahan bantuan yang banyak dan datang mencurah kebanyakkannya datang dari kerajaan persekutuan Barisan Nasional.

Wakaupun kerajaan negeri Pas kurang membantu mereka tidak merungut. Walaupun kerajaan persekutuan banyak membantu mereka tidak pula berterima kasih kepada kerajaan BN. 

Kerajaan persekutuan umumkan bantuan perumahan kepada mangsa yang berkenaan. Mereka tidak tunjukkan rasa syukur dan berterima kasih. Bila kerajaan negeri Pas memberikan mereka 'hanya' replika kunci rumah, maka bukan main penghargaan yang mereka berikan.

Mungkin pengikut Pas terutama di Kelantan sudah lupa janji Pas tentang 'Ladang Rakyat'. Mereka juga mungkin sudah lupa dengan janji 'Labuh Raya rakyat'. Rakyat Kelantan mungkin tidak kisah hanya mendapat 'Batu Tanda Projek Lebih Raya Rakyat' dan 'Replika Kunci Rumah' asalkan ianya dari Pas. Mereka tidak kisah biarpun janji-janji itu sekadar janji palsu.


Hakikatnya, pengikut pas rela walaupun 'ditipu' oleh pemimpin Pas dari berteima kasih kepada pemimpin UMNO/BN yang telah berusaha membantu mereka.

Tok Awang nampak sekumpulan lembu yang berbaring-baring ditengah jalan lebih rela dilanggar lori dari mengikut ke padang yang penuh rumput.



Tok Awang Selampit.



0 comments:

share2